Info Penting:

PERNIAGAAN AL-ABKHORY DITUTUP SEHINGGA DIBERITAHU.TERIMA KASIH


Pembayaran


Segala pembayaran hendaklah dibuat ke akaun Maybank saya selewatnya pada hari Jumaat jam 9pm. Kegagalan membuat pembayaran pada masa tersebut menyebabkan tempahan anda tidak akan diterima.

Sebagai langkah keselamatan bagi proses pembayaran, nombor akaun akan diberi sebaik sahaja saya menerima tempahan anda sama ada melalui sms mahupun emel. Terima Kasih

Laksa Sarawak!!

Hai semua!! Ape macam puasa hari ini? 
haaa.. kali ni Nuryana nak bawa semua pekena Laksa Sarawak..
You all pernah try tak? Kalau yang belum penah try, apakata cuba resipi laksa sarawak di bawah ni



Bahan-bahan:-
1 bungkus Mee Hoon (dicelur dan ditos tau . .)
300 gm udang (dicelur dan ditoskan gak)
2 keping dada ayam (disiat2)
1 cawan togeh 
3 biji telur (buat dadar dan hiriskan halus
3 biji cili merah (hiriskan
10 biji limau (dibelah 2)
2 pokok daun ketumbar (hiris halus)

Bahan untuk korang jadikan kuah:-
Perencah Laksa Sarawak (Ini rencah terpenting, kalau tak de jangan berangan nak masak!)
3 ulas bawang merah *
2 uals bawang putih  *
10 tangkai cili kering *
(*ketiga2 bahan ni korang mesinkan sekali)
2 batang serai (diketuk)
1 cm lengkuas (diketuk)
2 cawan santan pekat
5 cawan santan cair
1 cawan air rebusan udang
minyak
garam 

Bahan semua dah ada . .
so sekarang nak sediakan je . .

Cara menyediakannya:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin halus dan serai sehingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan pes laksa dan kacau rata.
3. Masukkan air rebusan udang dan santan cair juga ayam. Biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan santan pekat dan didehkan sehiingga naik minyak dan pekat.
5. Rasakan garam dn tutup api.
6. Keluarkan ayam dan siatkan isinya saperti ayam soto

Mudah jer kan? so,nak buat laksa sarawak mesti ada perencahnya.
DI sini, Nuryana juga ada menjual~

Perencah Laksa Sarawak
Minimum oder: 3 pack (200g per pack)
Harga 3 pack = RM30 (termasuk pos laju)


Apa tunggu lagi?? Hubungi kami untuk tempahan :D

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Kami mengucapkan Ribuan terima kasih kerana melawat | Disediakan oleh Nana.Azliana - Sila Datang Lagi | Dari: Al-Abkhory.com