Info Penting:

PERNIAGAAN AL-ABKHORY DITUTUP SEHINGGA DIBERITAHU.TERIMA KASIH


Pembayaran


Segala pembayaran hendaklah dibuat ke akaun Maybank saya selewatnya pada hari Jumaat jam 9pm. Kegagalan membuat pembayaran pada masa tersebut menyebabkan tempahan anda tidak akan diterima.

Sebagai langkah keselamatan bagi proses pembayaran, nombor akaun akan diberi sebaik sahaja saya menerima tempahan anda sama ada melalui sms mahupun emel. Terima Kasih

Q & A

Soalan lazim yang sering ditanya oleh pelanggan:

Tempahan tikar evamatic
  • Soalan:
    • Boleh tak buat tempahan tikar evamatic 1 keping sahaja? (kurang dari 6pcs)
  • Jawapan:
    • Tempahan mesti lebih dari 6pcs dan jika kurang, tempahan tidak diterima KECUALI tikar evamatic yang READY STOCK. 
    • Tikar ready stok bergantung kepada masa-masa tertentu dan jika ada, kami akan masukkan dalam tab READY STOCK tersebut. 
    • Kami akan sentiasa war-warkan PROMOSI atau tikar READY STOCK di laman Facebook kami dan blog ini. Sila LIKE FB Nuryana Collection untuk status terkini.
Harga
  • Soalan:
    • Berapa harga pos? harga dipapar dah termasuk pos ke?
  • Jawapan:
    • Semua harga yang dipapar termasuk caj pos keseluruh negeri KECUALI harga bagi Kek Lapis Sarawak.
POS tiba
  • Soalan:
    • Kalau saya di Selangor, berapa hari barang sampai?
  • Jawapan:
    • Bergantung kepada tempat anda. Jika di Kuala Lumpur dan bandar-bandar utama Selangor seperti Shah Alam pada kebiasaannya paling cepat 1 hari bekerja boleh sampai (bergantung kepada keadaan semasa).
      • Kuala Lumpur dan Bandar Selangor = 1-2 hari bekerja
      • Hujung Selangor dan Negeri-negeri lain = 2-4 hari bekerja  
Diskaun
  • Soalan:
    • Harga boleh kurang lagi tak?
  • Jawapan:
    • Harga yang telah dipapar adalah tetap TETAPI kami akan cuba beri kurangkan harga JIKA barang yang ditempah dalam kuantiti yang banyak khususnya untuk tikar Sarawak.
Corak Tikar
  • Soalan Tikar Evamatic:
    • Semua corak dalam blog ni memang ada ke?
  • Jawapan:
    • Pada kebiasaannya corak yang dipapar ada tetapi bergantung pada masa-masa tertentu.
    • kami check dan ambil stok pada hari sabtu sahaja. Jika tidak ada corak seperti dalam tempahan, kami akan segera hubungi pelanggan sama ada dia mahu tukar corak lain ataupun kami kembalikan wang dan pelanggan boleh tunggu pada minggu seterusnya jika stok baru tiba.
  • Soalan Tikar Sarawak:
    • Saya nak corak no.3, ada ke? atau ada corak lain lagi?
  • Jawapan:
    • Corak untuk tikar Sarawak tidak menentu. Bergantung kepada stok yang ada pada masa tersebut. Tetapi anda boleh berikan contoh corak yang ada dan kami akan cuba dapatkannya. Jika corak yang dinginkan tidak ada, kami akan hubungi anda dan MMS gambar tikar yang ada.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Kami mengucapkan Ribuan terima kasih kerana melawat | Disediakan oleh Nana.Azliana - Sila Datang Lagi | Dari: Al-Abkhory.com